143 PRINSIP LARANGAN

Selasa, 22 Mac 2011

1. Sebesar besar dosa ialah mepersekutukan ALLAH (menyembah berhala), atau ingkar (kafir, tidak beriman kepada ALLAH,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari yang kemudian).

Rujukan surah Annisa’ 116 – 136

2. Aniaya kepada manusia.

Rujukan surah Al-A’raf 33

3. Bakhil ( kikir, tidak mengeluarkan zakat ).

Rujukan surah Annisa’ 37

4. Berbantah-bantah sesama Muslimin.

Rujukan surah Al-Anfal 46

5. Berbisik hendak membuat dosa dan aniaya.

Rujukan surah Al-Mujadalah 9

6. Berjalan mengadu-adu (memfitnah) antara sesama manusia.

Rujukan surah Al-Qalam 11

7. Berjalan di bumi dengan berlaku sombong.

Rujukan surah Al-Isra 37

8. Berjudi (bertaruh).

Rujukan surah Al-Maidah 90

9. Berdusta (berkata bohong).

Rujukan surah Annahl 62

10. Berhati lemah dan berdukacita (sehingga melalaikan tuntutan agama)

Rujukan surah Ali-Imran 139

11. Berhati lemah melawan orang yang menghalangi agama.

Rujukan surah Muhammad 35

12. Berlebih-lebihan dalam agama dan mengatakan kebohongan terhadap ALLAH (seperti mengharamkan yang halal).

Rujukan surah Annisa 171

13. Berkahwin dengan bekas isteri bapa sendiri.

Rujukan surah Annisa’ 22

14. Berkahwin dengan isteri orang sebelum habis edahnya.

Rujukan surah Al-Baqarah 235






15. Berkahwin kepada isteri yang di talak 3 kali, sebelum ia bersuami kepada laki-laki yang lain.

Rujukan surah Al-Baqarah 229-230

16. Berkahwin lelaki muslim kepada perempuan musyrik (menyembah berhala) dan sebaliknya.

Rujukan surah Al-Baqarah 221

17. Berkahwin kepada ibu sendiri, anak, saudara, saudara bapa, saudara ibu, anak saudara , perempuan yang menyusukanmu,
saudara sesusuan, ibu isteri, anak tiri bila telah bersetubuh dengan ibunya, bekas isteri anak, menghimpunkan antara dua
orang perempuan yang bersaudara.

Rujukan surah Annisa’ 23

18. Berpaling dari petunjuk Al-quran.

Rujukan surah Thaha 124

19. Bermusuh-musuhan sesama muslimin.

Rujukan surah Ali-Imran 103-105

20. Berputus asa dari rahmat Tuhan (putus asa).

Rujukan surah Azzumar 53

21. Bersatu pada lahir, tetapi berpecah belah di dalam hati.

Rujukan surah Al Hasyr 14

22. Bersetubuh dengan isteri, waktu ia dalam haid.

Rujukan surah Al-Baqarah 222

23. Bersetubuh dengan isteri, waktu iktikaf ( beribadat dalam masjid).

Rujukan surah Al-Baqarah 187

24. Bersetubuh dengan isteri, waktu mengerjakan haji.

Rujukan surah Al-Baqarah 197

25. Bertilik dan percaya kepadanya.

Rujukan surah Al-Maidah 3,90

26. Bertolong-tolongan atas berbuat dosa dan aniaya.

Rujukan surah Al-Maidah 2

27. Bercukur rambut kepala waktu mengerjakan haji.

Rujukan surah Al-Baqarah 196

28. Berzina.

Rujukan surah Al-Isra 32








29. Tidak mahu membayarkan hutang.

Rujukan surah Annisa 107


30. Menggelapkan wang kepunyaan umum atau Negara.
Rujukan surah Ali-Imran 161

31. Khianat kepada ALLAH; agamaNya dan rasulNya.

Rujukan surah Al-Anfal 27

32. Duduk dan campur dengan orang-orang yang memperolok-olokkan ayat ALLAH.

Rujukan surah Annisa 140

33. Derhaka kepada ALLAH dan RasulNya.

Rujukan surah Al-Anfal 13

34. Derhaka kepada ibu bapa.

Rujukan surah Al-Isra’ 23

35. Jahat sangka sesama Muslim yang baik pada lahirnya.

Rujukan surah Al-Hujurat 12

36. Enggan menjadi saksi atau menyembunyikannya.

Rujukan surah Al-Baqarah 282-283

37. Hasad dengki lantaran orang mendapat kebaikan.

Rujukan surah Annisa’ 54

38. Resah gelisah apabila ditimpa musibah sehingga tidak suka pada hukuman ALLAH.

Rujukan surah Alma’arij 19-20

39. Lalai beribadat sembahyang lantaran mengurus anak dan harta benda.

Rujukan surah Almunafiqun 9

40. Lari dari medan pertempuran kecuali kalau ada uzur.

Rujukan surah Ali-Imran 155

41. Liwat .

Rujukan surah Al-A’raf 81

42. Makan harta riba.

Rujukan surah Ali-Imran 130

43. Makan harta orang dengan tiada jalan yang sah .

Rujukan surah Al-Baqarah 188





44. Makan harta anak yatim kecuali bagi orang yang menjaganya yang miskin.

Rujukan surah Annisa’ 6-10

45. Makan harta yang haram, seperti wang rasuah.

Rujukan surah Al-Maidah 62-63

46. Makan bangkai,darah,daging babi, yang disembelih untuk lain ALLAH, yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh,berlaga
dan kerana diterkam singa kecuali jika di sembelih dengan nama ALLAH.

Rujukan surah Al-Maidah 3

47. Masuk ke dalam rumah orang dengan tidak izinnya kecuali kalau diketahui kerelaannya.

Rujukan surah Annur 27-28

48. Melahirkan perkataan jahat kepada manusia, kecuali bagi orang yang teraniaya.

Rujukan surah Annisa’ 148

49. Melanggar aturan ALLAH seperti pembagian pusaka.

Rujukan surah Annisa’ 14

50. Melanggar perjanjian, setelah teguhnya.

Rujukan surah Annahl 91

51. Melarang perempuan berkahwin kembali kepada bekas suaminya.

Rujukan surah Al-Baqarah 232

52. Membantu orang-orang kafir atas kekafirannya.

Rujukan surah Al-Qashash 86

53. Memaksa orang masuk agama Islam atau lainnya.

Rujukan surah Al-Baqarah 256

54. Memanggil orang dengan gelaran buruk, yang tidak disukainya.

Rujukan surah Al-Hujurat 11

55. Membantah ayat-ayat ALLAH dan kebenaran dengan yang batil.

Rujukan surah Almukmin 4-5

56. Memberi malu orang berhadapan, mencacinya.

Rujukan surah Al-Hujurat 11

57. Memberikan harta kepada orang yang gila.

Rujukan surah Annisa’ 5

58. Memuji diri, mengatakan diri telah suci daripada dosa.

Rujukan surah Annajm 32


59. Membiarkan orang kafir masuk ke Mekah.

Rujukan surah Attaubah 28

60. Memburu membunuh buruan waktu mengerjakan haji.

Rujukan surah Al-Maidah 1

61. Membilang-bilang pemberian kepada orang yang diberi atau menyakiti hatinya.

Rujukan surah Al-Baqarah 264

62. Membunuh diri sendiri.

Rujukan surah Annisa 29

63. Membunuh anak sendiri lantaran takut miskin.

Rujukan surah Al-Isra’ 31

64. Membunuh orang atau mengusirnya dari negerinya.

Rujukan surah Al-Baqarah 84

65. Membuang-buang harta kepada yang tidak berguna.

Rujukan surah Al-Isra’ 26-27

66. Membukakan rahsia kepada orang lain.

Rujukan surah Atthrim 3-4

67. Membukakan aurat badan bagi perempuan, kecuali kepada keluarganya.

Rujukan surah Annur 31

68. Membuat bencana kerosakan di muka bumi.

Rujukan surah Al-Baqarah 205

69. Meminta-minta sedekah bagi orang yang bertenaga untuk dirinya, bukan untuk umum.

Rujukan surah Al-Baqarah 273

70. Memerangi membunuh orang yang tidak memerangimu dan telah mengunjukkan perdamaian, tunduk kepadamu.

Rujukan surah Annisa’ 90

71. Meminta sesuatu yang telah diberikan kepada isteri, sesudah bercerai.

Rujukan surah Al-Baqarah 229

72.Meminta kepada lain ALLAH, pada sesuatu yang tidak di bawah kekuasaannya seperti meminta anak kepada kubur-kubur.

Rujukan surah Arra’d 14

73. Memutuskan silaturrahim.

Rujukan surah Al-Baqarah 27







74. Memintakan ampun dosa bagi orang kafir kepada ALLAH.

Rujukan surah Attaubah 113

75. Membuat fitnah.

Rujukan surah Al-Baqarah 191

76. Memperhamba manusia menyuruh manusia supaya menyembah kepadanya, bukan kepada ALLAH.

Rujukan surah Ali-Imran 79

77. Mencampurkan kebenaran dengan yang tiada benar.

Rujukan surah Al-Baqarah 42

78. Menerangkan soal agama dgn tiada ilmu pengetahuan atau mengamalkan.

Rujukan surah Al-Isra’ 36

79. Memperolok-olokkan agama, sembahyang dan mempermain-mainkannya.

Rujukan surah Al-Maidah 57-58

80. Memperolok-olokkan orang mukmin atau mentertawakannya.

Rujukan surah Al-Muthaffifin 29-30

81. Mendengar perkataan dusta dengan disengaja.

Rujukan surah Al-Maidah 42

82. Mendustakan kebenaran agama dan ayat-ayat ALLAH.

Rujukan surah Al-An’am 5, 21

83. Menjatuhkan diri sendiri kepada kebinasaan.

Rujukan surah Al-Baqarah 195

84. Menjual mengubah ayat ALLAH, kerana mengharap wang.

Rujukan surah Al-Baqarah 41

85. Menahan isteri dengan kemelaratan, pulang tidak belanja tidak, atau digantung dengan tidak bertali.

Rujukan surah Al-Baqarah 231

86. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin, kecuali jika takut kepadanya sebenar-benarnya takut.

Rujukan surah Ali-Imran 28

87. Mengangkat orang-orang yang memerangimu jadi pemimpin.

Rujukan surah Al Mumtahinah 9

88. Mengangkat bapa atau saudara, jadi pemimpin, bila menarikmu kepada kekafiran.

Rujukan surah Attaubah 23




89. Mengambil orang kafir yang memusuhimu tempat menyimpan rahsia.

Rujukan surah Ali-Imran 118

90. Mengambil perantaraan, untuk menghampirkan diri kepada ALLAH.

Rujukan surah Az-Zumar 3

91. Mengatakan : Engkau tidak mukmin, kepada orang yang mengucapkan Assalamualaikum kepadamu.

Rujukan surah Annisa’ 94

92. Menganiaya binatang kecuali menyembelihnya untuk dimakan atau mempergunakannya untuk hajat kita

Rujukan surah Al-A’raf 73

93. Mengasihi bapa, anak, saudara, isteri, harta benda,lebih dari kasih kepada ALLAH ; tinggal kewajipan kepada ALLAH lantaran
yang tersebut.

94. Meninggalkan sembahyang dari waktunya kecuali tertidur atau terlupa atau terkhilaf.

Rujukan surah Alma’un 4-6

95. Mengerjakan yang keji-keji dan haram.

Rujukan surah Annahl 90

96. Menghalangi orang mengerjakan agama Islam.

Rujukan surah Ali-Imran 99

97. Menghalangi orang masuk ke dalam masjid ALLAH.

Rujukan surah Al-Anfal 34

98. Menghalangi binatang makan di bumi ALLAH, memenjarakannya.

Rujukan surah Al-A’raf 73

99. Mengharamkan apa-apa yang yang dihalalkan ALLAH.

Rujukan surah Al-Maidah 87

100. Mengharamkan perhiasan yang dihalalkan ALLAH dan rezeki yang baik-baik

Rujukan surah Al-A’raf 32

101. Menghinakan lelaki atau perempuan.

Rujukan surah Al-Hujurat 11

102. Menghukum dengan yang tiada diturunkan ALLAH.

Rujukan surah Al-Maidah 45

103. Mengikut hawa nafsu orang, sehingga meninggalkan tuntutan agama.

Rujukan surah Ar’rad 37









104. Mengikut adat istiadat orang-orang tua, yang berlawanan dengan agama boleh kalau tidak berlawanan.

Rujukan surah Al-Maidah 104

105. Mengikut sesuatu dalam agama, dengan tiada ilmu, melainkan dengan semata-mata kira-kiraan sahaja.

Rujukan surah Al An’am 116

106. Mengikut perkataan orang-orang kafir yang menyalahi Islam.

Rujukan surah Al-Furqan 52

107. Mengikut perkataan ibu bapa, yang menyuruh kekafiran

Rujukan surah Al-Ankabut 8

108. Mengikut yang tiada benar ; salah, batil.

Rujukan surah Muhammad 3

109. Mengubah ayat ALLAH, menderhakaiNya dan mencaci agama.

Rujukan surah Annisa’ 46

110. Mengutamakan hidup di dunia dari akhirat hingga terlalai amal akhirat kerananya.

Rujukan surah Ibrahim 3

111. Mengusir anak yatim dan mengherdik orang yang meminta, atau bertanya.

Rujukan surah Alma’un 2, surah ad dhuha 9-10

112. Mengusir perempuan yang diceraikan dari rumah suaminya, sebelum abis edahnya.

Rujukan surah At-thalaq 1

113. Mengumpat orang menyebut aibnya, dibelakangnya.

Rujukan surah Al- hujurat 12

114. Mengurangkan sukatan atau timbangan; mengurangkan hak orang.

Rujukan surah Al-A’raf 85, surah Almuthaffifin 1-3

115. Menipu orang.

Rujukan Ali-Imran 54

116. Menyamun orang di tengah jalan.

Rujukan Al-Ankabut 29

117. Menyembunyikan kebenaran, padahal ia tahu.

Rujukan Surah Al-Baqarah 42







118. Menyembunyikan saksi pada perkara yang diketahuinya.

Rujukan surah Al-Baqarah 140

119. Menyembunyikan perempuan akan anak yang dalam rahimnya, kerana hendak bersuami dengan cepat, sebelum habis
edahnya.

Rujukan surah Al-Baqarah 228

120. Menyembahyangkan mayat kafir.

Rujukan surah At-Taubah 84

121. Menyimpan emas dan perak, dengan tiada dikeluarkan zakatnya.

Rujukan surah At-Taubah 34

122. Menuduh orang berbuat jahat berzina.

Rujukan surah Annur 4

123. Mencari-cari aib orang.

Rujukan surah Al-Hujurat 12

124. Mencaci orang (memakinya).

Rujukan surah Al-Humazah 1

125. Menceraikan isteri waktu dalam haid.

Rujukan surah Atththalaq 1

126. Mencuri (mengambil hak orang dengan bersembunyi).

Rujukan surah Al-Maidah 38

127. Minum arak.

Rujukan surah Al-Baqarah 219

128. Bermuka dua iaitu berlainan mulut dengan hati, dimulutnya beriman, dalam hatinya tidak.

Rujukan surah Al maidah 90, al baqarah 204

129. Percaya kepada setengah Quran dan kafir kepada yang lain.

Rujukan surah al-baqarah 85

130. Putus asa harapan daripada rahmat Tuhan.

Rujukan surah Yusuf 87

131. Ragu-ragu syak tentang kebenaran yang datang daripada ALLAH.

Rujukan surah al-baqarah 3 dan 147

132. Riak beramal kerana hendak dipuji orang, atau supaya termasyhur namanya.

Rujukan surah al-ma’un 6, al-baqarah 264


133. Saksi palsu; bohong.

Rujukan surah Al-furqan 72

134. Sihir.

Rujukan surah al-baqarah 102

135. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang.

Rujukan surah annisa 44

136. Sombong dan bermegah-megah tidak mahu kebenaran.

Rujukan surah annisa 36

137. Tajam lidah; kasar perkataan hingga menyakiti hati orang dan bakhil memperbuat kebaikan

Rujukan surah al-ahzab 19

138. Takbur tidak menerima kebenaran.

Rujukan surah al-a’raf

139. Takut kepada orang-orang kafir dan tidak takut kepada ALLAH hingga ditinggalkannya agama ALLAH.

Rujukan surah al-baqarah 150

140. Terpedaya oleh hidup di dunia hingga lupa akhirat.

Rujukan surah luqman 33

141. Tidak melarang dari yang haram, padahal ia kuasa.

Rujukan surah al-maidah 79

142. Condong kepada orang-orang yang aniaya iaitu membantunya.

Rujukan surah hud 113

143. Condong kepada sesetengah isteri hingga tidak berlaku adil antara mereka; kecuali dengan izinnya.

Rujukan surah annisa’ 129

sumber : http://adamharris01.blogspot.com/

Comments

No response to “143 PRINSIP LARANGAN”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...