RAWATAN ISLAM KAEDAH TERAPI RUQYAH

Rabu, 23 Mac 2011


Definasi Ruqyah Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karena disengat binatang, kesurupan, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)
Secara terminologi, ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi).

Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah.

Caranya:

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Perhatikan setelah selesai :
  
•    denyutan jantung makin kencang
•    badan bertek kencang
•    ada benda bergerak-gerak bawah kulit
•    mengantuk/menguap
•    batuk
•    gelisah
•    panas di tengkuk


Jika ada mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.

Selain itu orang yang sakit juga boleh membaca berulang-kali didalam hati tanpa mengira masa dan tempat untuk mengamalkan zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)
Kesannya selepas membaca zikir itu adalah kita akan sendawa.Itu menunjukkan jin-jin didalam badan pesakit akan merasa sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insya Allah ianya mampu untuk menyembohkan penyaki-penyakit seperti berikut:

•    Jiwa gelisah/khayalan 
•    Penghapus Sihir
•    Memagar Rumah (Pengusir Jin dan Syaitan)
•    Ketenangan Rumah Tangga
•    Anak-anak menangis ditengah malam
•    Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
•    Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
•    Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.
 
Cara Menggunakan MP3 Ruqyah:
 
•    Bagi kesihatan diri dan keluarga, mainkan mp3 ini didalam rumah atau tempat kerja 3 kali sehari atau mainkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
 
•    Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memainkan di dalam kereta.
Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memainkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
 
•    Untuk histeria, sihir, dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan mainkan mp3 ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan pada hari-hari berikutnya sehingga air tadi habis diminum.Setiap kali selepas solat perlu dibaca Ayatul Qursy 3 kali dan Al Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam besoknya, mp3 ruqyah ini hendaklah dimainkan dari malam sampai kepagi selama sebulan.
 
•    Bagi memulihkan rumah/tempat kerja yang bermasalah,cuma mainkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
 
•    Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali bersemangat.
 
*UNTUK MENDAPATKAN KESEMBOHAN YANG MAKSIMUM,SILA PEJAMKAN MATA ANDA APABILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI DAN DENGARKANLAH SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT MAHU PUN DIHATI*

No & Nama Urutan Surah:

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Hanya ALLAH yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit kita dan manusia hanya boleh berusaha dan berdoa untuk memohon kesembuhan kepada-NYA. Semoga ALLAH memberi kesembuhan pada kita semua. AMIN

Download Sekarang


RUQYAH SYARIYAH 1
RUQYAH SYARIYAH 2
RUQYAH SYARIYAH 3
RUQYAH SYARIYAH 4
RUQYAH SYARIYAH 5 

RUQYAH SYARIYAH 6 





SUMBER : http://forevertoallah.blogspot.com/

Comments

No response to “RAWATAN ISLAM KAEDAH TERAPI RUQYAH”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...