6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri

Selasa, 14 Jun 2011

6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri




[Image: muslimah.jpg]

Tadi masa dekat pejabat, aku jumpa dengan Ustaz Manap. Ustaz Manap ni guru Quran, selain dari jadi guru Quran, dia gak femes sebab dia boleh dikatakan terror menjadi agent pencari jodoh dekat area Teluk Intan. Aku tanya Ustaz Manap,

"Ustaz, saya nak kawin la. Tapi takde jodoh lagi, boleh tolong carikan jodoh untuk saya tak???"

"Issshhh... muka hemsem, badan solid, takkan susah cari jodoh kot?" balas Ustaz Manap.

Hensem??? Badan solid??? BENAR USTAZ!!!!! BENAR TU!!! Wakakakakakakakkaa!!! Kalau dah nama pun Ustaz, mana nak menipu betul tak? Jadi jelaslah dekat sini bahawa saya Mohamad Aizwan Ali aka Botaq seorang yang kacak dan berbadan tough.... Owhhh yeaaaaahhh!!!!

"Wan, kalau nak cari isteri, jangan cari 6 calon isteri yang ada ciri-ciri macam ni."

"Apa dia tu Ustaz?"

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhh!!! Bahaya ni... Benda yang 18 tahun cerita negatif si suami, dia ingat tapi pasal 18 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let's say, tukar lampin anak la, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposssss...... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya........ Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Haaaaaa!!!?????

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaaa dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak???" ... Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa sikit bangkang pun. 

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini idak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu.. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat.

SUMBER : http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/06/6-golongan-yang-bahaya-dijadikan-isteri.html

10 SENARAI INDIVIDU TERKAYA DUNIA TAHUN 2011

Khamis, 2 Jun 2011

Laporan di laman web Forbes.com menyatakan, tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang baik kerana terdapat lebih 1,210 bilionair berjaya disenaraikan, dan jumlah aset yang terkumpul setakat ini sudah mencecah USD4.5 trilion.
3 Individu Terkaya Dunia
Ini merupakan satu angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun siapakah yang berada dalam cara 10 terkaya di dunia ini? Adakah Bill Gates dan Warren Buffet masih lagi mendominasi carta kekayaan ini? Mari kita sama-sama selidik berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh tim Majalah Niaga.

#10 – Christy Walton

Christy Walton
Christy Walton atau nama penuhnya Christy Ruth Walton. Dilahirkan pada tahun 1955, merupakan isteri kepada John T. Walton, anak kepada pemilik syarikat Walmart, Sam Walton.
Pada Jun 2005, selepas kematian suaminya John. T Walton, Christy Walton telah mewarisi semua harta yang dimiliki olehnya, iaitu sebanyak USD15.7 bilion. Menurut laporan Forbes, beliau tersenarai sebagai individu keempat terkaya di Amerika Syarikat, dan individu kesepuluh yang terkaya di dunia.
Sehingga kini, umur beliau kini sudah mencecah 56 tahun, dan kini memegang aset daripada syarikat Walmart sebanyak USD26.5 bilion dolar.
Jumlah aset terkini: USD26.5 bilion.

#9 – Mukesh Ambani

mukesh ambani
Anak kelahiran India yang lahir pada 19 April 1957 ini merupakan salah seorang indivdu berpengaruh, berdasarkan kajian Forbes. Mukesh Ambani juga meruapakan individu kedua terkaya di Asia, dengan memiliki nilai aset sebanyak USD27 bilion.
Beliau merupakan chairman untuk beberapa buah syarikat besar. Antara industri bisnes yang diceburi oleh Mukesh adalah industri gas dan minyak. Kajian Forbes juga membuat andaian, beliau akan menjadi individu yang terkaya di dunia pada tahu 2014, seiring dengan permintaan yang tinggi dalam industri bisnes beliau.
Jumlah aset terkini: USD27 bilion.

#8 – Eike Batista

Eike Batista
Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3 November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan dalam negara-negara Eropah seperti Jerman.
Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A.
Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset sebanyak USD30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari ini, adalah perlombongan dan minyak.
Jumlah aset terkini: USD30 bilion.

#7 – Amancio Ortega

Amancio Ortega
Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara.
Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi industri fesyen dan bisnes yang lain.
Jumlah aset terkini: USD31 bilion.

#6 – Lakshmi Mittal

Lakshmi Mittal
Lakshmi Narayan Mittal, lahir pada 15 Jun 1950, merupakan anak kelahiran India. Beliau adalah pengerusi dan ketua eksekutif syarikat ArcelorMittal, yang dikenali sebagai syarikat pembuatan besi terbesar di dunia.
Di United Kingdom, Mittal memegang status individu paling kaya. Manakala di Eropah, beliau berada di tangga kedua. Selain daripada memiliki aset kekayaan bernilai sekitar USD31.1 bilion, Mittal juga dikategorikan sebagai individu ke 44 yang berpengaruh di dunia.
Sehingga kini, aset beliau banyak diperoleh daripada syarikat ArcelorMittal, dan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak USD31.1 bilion.
Jumlah aset terkini: USD31.1 bilion.

#5 – Larry Ellison

Larry Ellison
Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian komputer.
Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia.
Jumlah aset terkini: USD39.5 bilion.

#4 – Bernard Arnault

Bernard Arnault, pemilik Louis Vuitton
Ahli perniagaan yang berasal dari Perancis, dan berusia 62 tahun ini lebih dikenali sebagai pengerusi dan CEO bagi syarikat LVMH (Louis Vuitton Moët Hennessy). Ia adalah sebuah syarikat gabungan beberapa industri, termasuklah fesyen mewah.
Individu yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan ini kini mempunyai jumlah aset sebanyak USD41 bilion, yang menjadikan beliau sebagai individu keempat terkaya di dunia, menewaskan pemilik industri fesyen Zara, Armancio Ortega.
Jumlah aset terkini: USD41 bilion.

#3 – Warren Buffet

Warren Buffet
Warren Edward Buffet, individu yang pernah menduduki tangga teratas dalam senarai individu terkaya di dunia ini, masih lagi berupaya untuk berada dalam senarai 5 teratas, meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.
Belia dikenali sebagai ‘American Legendary Investor’, menerusi sifatnya yang bijak mengenalpasti peluang keemasan dalam pelaburan. Sehingga kini, beliau merupakan pemegang utama saham, pengerusi dan ketua eksekutif di Berkshire Hathaway.
Meskipun memiliki aset bernilai lebih USD50 bilion, Warren Buffet juga dikenali dengan sifat yang tidak boros berbelanja.
Jumlah aset terkini: USD50 bilion.

#2 – Bill Gates

Bill Gates
Siapa yang tidak kenal tokoh bisnes Amerika Syarikat ini? William Henry “Bill” Gates III yang lahir pada 28 Oktober 1955. Beliau juga pernah memegang carta individu terkaya di dunia pada tahun 1995 hingga 2007. Kemudian berada di kedudukan ketiga pada tahun 2008, dan kembali nombor satu semula pada tahun 2009.
Jumlah aset yang terkumpul adalah menerusi syarikat Microsoft, yakni bernilai lebih USD56 bilion. Selain daripada memiliki nilai kekayaan mencecah bilion dolar, Gates juga dikenali sebagai inventor, kerana telah mencipta revolusi dalam sistem komputer dan aplikasi.
Pada tahun 2000, beliau dan isterinya, Melinda Gates membuat keputusan untuk membangunkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Bill & Melinda Gates Foundation.
Jumlah aset terkini: USD56 bilion.

#1 – Carlos Slim Helu

Carlos Hlim Helu
Carlos Slim Helu, anak kelahiran Mexico yang lahir pada 28 Januari 1940. Pengerusi dan ketua eksekutif syarikat telekomunikasi Telmex, dan América Móvil ini menewaskan jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh Bill Gates, iaitu jumlah keseluruhan sebanyak USD74 bilion.
Setakat ini, beliau telah memegang takhta sebagai individu terkaya di dunia sebanyak 2 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2010 dan 2011. Pertama kali nama beliau berada dalam kedudukan nombor satu, adalah pada tahun 2007.
Jumlah aset terkini: USD74 bilion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...