Tutorial Percuma

PANDUAN ASAS MEMBUAT BLOG



Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.
Sambil tonton video ni, boleh terus aplikasikan. Video ni akan tunjukkan cara;
1. Cara mendaftar akaun gmail
2. Cara membuat blog di blogspot melalui blogger.com
3. Cara membuat posting pertama di blog anda
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok video Cara Buat Blog di Blogspot

CARA UNTUK MENUKAR TEMPLATE BLOGSPOT
Assalamualaikum wbt.. Mahukan template yang lebih mesra dan menarik...Kalau nak buat template sendiri memang agak rumit. Perlu kepada pemahaman kod-kod html. Untuk yang mudah cari saja template² yang berlambak dipasaran maya. Disini disediakan beberapa langkah mudah untuk anda semua.

Langkah Pertama :
Langkah pertama ialah download terlebih dahulu template-template yang anada suka. Anda boleh mencarinya di search engine seperti google, kemudia search blogger template @ blogger template pro, 3 column template dan apa-apa saja keyword yang dirasakan sesuai. Anda juga boleh terus melayari laman web di bwah ini untuk mendapatkan template-template blog yang menarik.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->
1) http://btemplates.com/
2) http://www.pyzam.com/
3) http://www.blogspottemplate.com/
4) http://blogspottemplates.blogspot.com/
Langkah Kedua :

Biasanya file template yang di download berbentuk "XML" tapi kadang-kadang ada juga yang berbentuk "zip atau rar". Jika begitu, anda harus mengekstraknya terlebih dahulu sehingga dapat file berbentuk "
xml".

Langkah Ketiga :
Seterusnya Loggin ke Blogger => Layout => Edit HTML

Langkah Keempat


Anda harus membackup dulu template anda yang lama.Caranya, anda masuk ke menu "Layout --> Edit HTML", terus klik link bertuliskan "Download Full Template" terus simpan file yang diberikan.
Langkah Kelima
Jika template dan element-element sudah di backup, langkah seterusnya ialah mengupload template yang sudah anda download. Klik Browse (no.3 diatas) untuk cari file template yang didownload tadi. kemudian tekan butang Upload (no. 4)

Langkah Keenam
<!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->
Biasanya kita akan mendapat pengesahan bahawa segala widget-widget kita akan dihapuskan.Abaikan sahaja. Klik button "Confirm & Save".Selesai.Anda akan melihat blog anda berwajah baru:)

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

Klik butang save jika sudah selesai..

Selamat Mencuba..
“Mencari Redha Allah”

CARA PALING MUDAH  TINGKATKAN KELAJUAN BROADBAND YANG DAH SAMPAI LIMIT

Langkah 1 :  Sambung Broadband ke Komputer korang dan buat Connection seperti biasa. Apa yang perlu korang tahu ialah IP untuk Broadband. Untuk memudahkan korang, klik DI SINI  untuk tahu IP korang.

(PERHATIAN : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN KEADAAN. JADI, SETIAP KALI KORANG SAMBUNG BROADBAND, KORANG KENA PASTIKAN IP DAHULU)


Langkah 2 : Setelah korang dapat IP korang, Buka Notepad dan masukkan Code di bawah ini di dalam Notepad tersebut dan jangan lupa masukkan IP yang korang dapat tadi. 

c:\windows\system32\ping IP KORANG -t
Cara Menulis :  c:\windows\system32\ping [jarak] IP KORANG [jarak] -t


Langkah 3 : Kemudian , Save As Fail Notepad tersebut sebagai ping.bat dan Simpan di Desktop korang sahaja. Agar mudah untuk korang klik nanti.

Langkah 4 : Klik pada ping.bat di Desktop korang dan satu tetingkap Command Prompt secara automatik akan keluar. Biarkan Command Prompt ini berjalan sepanjang proses korang online. Jika korang terkeluar daripada Connection, korang kena ulang semula Langkah 1 di atas.


Erm... berdasarkan apa yg SAYA nampak sekarang, mmg ada jgak la perubahan  sikit2.. Dapat update Blog ni pon Sbb ikut tips kat atas..;P

sekian sahaja.;)


Panduan membeli PC

Setiap hari orang ramai berpusu-pusu ke Plaza Low Yat untuk satu tujuan: Memburu harga terbaik untuk PC atau laptop baru. Bagi

sesetengah yang tahu apa yang dicari mungkin berpeluang mendapat promosi yang menawan tetapi bukan semua orang mempunyai tuah yang sama.

Setiap kali saya berkunjung ke tingkat tiga Plaza Low Yat, saya dapat lihat muka-muka keliru pelanggan yang tidak tahu apa yang dipamerkan di hadapan mereka. Jika anda bercadang untuk membeli PC baru dan ingin mengelakkan diri dari situasi ini, anda telah datang pada tempat yang betul. Berikut adalah beberapa panduan membeli PC yang terbaik untuk wang anda.

1. Belanjawan

Ini adalah perkara pertama yang anda perlu tetapkan sebelum membeli PC idaman anda. Anda perlu menentukan nilai maksima yang anda sanggup keluarkan dan berpegang pada nilai tersebut. Berikut adalah senarai perkakasan yang anda perlu pertimbangkan dalam belanjawan anda.

• Processor
• Motherboard
• RAM
• Hard drive
• Graphics card/integrated graphics processor
• Optical drive
• Monitor
• Casing
• Keyboard dan mouse
• Pencetak
• Sistem operasi (OS) dan software

Saya telah memasukkan OS dan software seperti Microsoft Office kerana kedai-kedai komputer tidak dibenarkan memasukkan software cetak rompak ke dalam mana-mana PC. Jadi jika anda tidak menyertakan ini ke dalam belanjawan anda, anda terpaksa menyediakan sistem anda sendiri yang merupakan proses yang mudah.

Ingat bahawa amat mudah untuk berbelanja melebihi belanjawan anda. Jadi berhati-hati!

2. Fungsi

Setelah menentukan belanjawan untuk Pc anda, anda perlu bertanya: "Apa yang saya ingin lakukan dengan PC baru saya?" Adakah anda akan menggunakannya untuk melayari laman web dan memproses perkataan atau untuk bermain game? Jika jawapan anda ya untuk kerja-kerja ringan seperti menulis dokumen dan melayari internet, anda boleh menjimatkan wang yang banyak dengan memilih motherboard yang mempunyai integrated graphics processor. Anda boleh menggunakan duit yang dijimatkan dengan membeli pencetak atau menambahkan RAM. Motherboard dengan intergrated graphics processor juga mempunyai slot expansion yang membolehkan anda menaiktaraf ke discrete graphics card jika anda bercadang untuk bermain game pada masa akan datang.

Bagi hardcore gamer, anda perlu berbelanja lebih untuk graphics card. Tapi jangan hanya fokus pada graphics card sahaja. Anda perlu juga mempertimbangkan processor dan resolusi monitor anda. Untuk gaming PC peringkat pertengahan, processor dual-core, RAM 4 gigabyte dan graphics card bernilai RM400-RM500 sudah memadai untuk game pada setting sederhana pada resolusi 1920x1080.

3. Kaji selidik

Sekarang adalah masa untuk membuat kajian. Google adalah sahabat anda. Terdapat pelbagai ulasan perkakasan PC online lengkap dengan perbandingan antara semua pengeluar. Dari sini, anda akan mendapat serba sedikit maklumat tentang perkakasan yang sesuai untuk belanjawan anda. Ini juga dapat mengelakkan diri daripada ditipu atau berdepan dengan jurujual yang tidak berpengalaman. Terdapat ramai orang yang akan mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang tidak sedar. Jadi sentiasa bersedia.

Ketika online, anda juga boleh memeriksa harga perkakasan PC. Banyak kedai komputer di Plaza Low Yat mempunyai laman web mereka sendiri lengkap dengan senarai harga terkini. Anda boleh membandingkan harga antara kedai-kedai dan mengenal pasti promosi yang terbaik. Ingat bahawa harga perkakasan PC berubah-ubah setiap hari terutama sekali apabila perkakasan baru dilancarkan.

4. Beli

Selepas menyenaraikan kesemua perkakasan yang diperlukan dan mengenal pasti kedai yang mempunyai tawaran terbaik, anda sudah bersedia untuk membeli-belah. Tapi belum masa untuk mengeluarkan dompet anda. Anda perlu memeriksa harga di kedai-kedai di Plaza Low Yat. Seperti yang dikatakan sebelum ini, harga perkakasan komputer berubah-ubah dan mungkin harga semalam lebih murah daripada hari ini atau sebaliknya. Ketika meninjau kedai-kedai, perhatikan juga layanan jurujual. Ini mungkin berguna apabila anda ingin membuat tuntutan jaminan untuk perkakasan anda.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan pilihan anda, barulah anda boleh membuat pembayaran. Cuba untuk berunding harga keseluruhan dan memujuk jurujual untuk memberi aksesori percuma seperti flash drive atau webcam. Ingat bahawa sesetengah kedai akan mengenakan bayaran tambahan untuk pembelian kad kredit. Jadi bersedia dengan wang tunai kerana barisan di mesin ATM di Plaza Low Yat amat panjang atau berurusan dengan kedai yang tidak mengenakan bayaran tambahan.

Kebiasaannya, anda akan mengambil masa sejam untuk membuat tinjauan dan sejam lagi untuk proses pemasangan. Setelah berjalan begitu lama, anda pasti ingin berehat. Terdapat sebuah medan selera di tingkat LG atau anda boleh mencuba restoran kegemaran saya, Nasi Ayam Hainan yang berdekatan dengan pintu hadapan Plaza Low Yat.


Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Komputer Anda Memerlukan Maintenance

 Tahukah anda bahawa lebih daripada 80% masalah komputer adalah berasal daripada sikap pemilik komputer yang mengabaikan maintenance pada komputer mereka (anda?). Berikut ialah lima masalah komputer yang sering kedengaran dan langkah mengatasinya:


1- Performance komputer menurun
Terdapat pelbagai sebab kenapa perkara ini berlaku tetapi salah satunya ialah kurangnya maintenance yang dilakukan kepada komputer terutamanya jika anda jenis yang ‘gemar’ untuk mencuba @ install perisian untuk dicuba. Bagi mengatasi masalah, anda boleh menyekat ‘startup program’ serta servis yang tidak diperlukan.
2- Komputer ‘freeze’ @ muncul paparan biru (blue screen)
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh spyware ataupun virus. Apa yang perlu anda lakukan ialah imbas (scan) virus dan spyware pada komputer anda. Jika komputer anda bebas virus dan spyware, tetapi masalah ini masih berlaku, anda mungkin perlu kemaskini driver komputer anda.
3- Komputer restart @ shutdown dengan sendirinya
Suhu komputer yang tinggi boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, masalah ini boleh cuba diselesaikan dengan memeriksa kipas penyejuk komputer untuk memastikan samada kipas tersebut masih berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika tidak, gantikan kipas tersebut dengan yang baru.
4- Keluar bunyi ataupun gegaran
Pada kebiasaannya, masalah ini berlaku disebabkan perkakasan yang tidak berfungsi dengan baik. Apa yang boleh anda lakukan? Panggil sesorang yang pakar (juruteknik komputer) untuk membetulkan masalah tersebut. Jika komputer masih dalam waranti, cuba rujuk masalah ini di kedai tempat komputer tersebut dibeli.
5- Homepage pada browser atau browser berubah
Adakah anda install perisian (browser) ataupun menukar homepage pada browser anda? Jika tidak, bermakna masalah ini mungkin disebabkan oleh spyware ataupun ‘wares’ dan anda perlu melakukan imbasan (scan) bagi membetulkan masalah ini.
Kebanyakan masalah komputer adalah berpunca daripada kelalaian pemiliknya untuk melakukan maintenance. Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri (termasuk saya juga) untuk melakukan maintenance yang kerap pada komputer :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...