2011 : TAHUN BUAT TABLET

Selasa, 19 April 2011




Semua syarikat elektronik besar sekarang berada di Las Vegas untuk mempamerkan alat elektronik terbaru mereka di International Consumer Electronics Show 2011 (CES 2011). CES telah menyaksikan banyak penampilan teknologi dan alat elektronik baru termasuk cakera Blu-ray dan Microsoft Xbox. Tahun ini, satu nama yang menjadi sebutan para pengunjung CES 2011 - Android. Sistem operasi mudah alih Google ini boleh didapati pada hampir semua alat elektronik yang dipamerkan di CES 2011 ini. Ini juga termasuk komputer peribadi tablet.

Komputer peribadi tablet telah berada di pasaran sejak lebih 10 tahun lalu. Microsoft yang bertanggungjawab memperkenalkan komputer peribadi tablet ke pasaran dengan sistem operasi Windows XP Tablet PC Edition yang direka khas untuk komputer riba yang mempunyai skrin sentuh dan berupaya mengenal tulisan tangan. Ciri-ciri ini masih lagi dikekalkan dalam sistem operasi terkini Microsoft, Windows 7. Pada 2010, Microsoft memperkenalkan Slate PC bagi tablet yang menggunakan Windows 7 tetapi Apple mencuri tumpuan apabila melancarkan iPad sejurus selepas itu.

Sejak Apple melancarkan iPad pada April 2010, ia telah memulakan satu tren baru dalam dunia perkomputeran mudah alih. Sama seperti ketika iPhone mula-mula diperkenalkan, iPad telah mencetus kehadiran pelbagai jenis tablet daripada syarikat elektronik seluruh dunia yang secara langsung memanfaatkan para pengguna. Persaingan menghasilkan alat-alat yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Jadi, iPad merupakan perinitis bagi peningkatan pasaran tablet semasa. Skrin 9.7 inci amat sesuai untuk para pembaca ebook dengan aplikasi iBook dan SketchBook Pro untuk para pelukis. Multitasking yang hanya hadir selepas iOS 4.2 juga bermakna ia juga sesuai untuk golongan profesional seperti doktor, pensyarah dan juga komposer. Baru-baru ini, Gorillaz mengeluarkan sebuah album bertajuk The Fall yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan iPad ketika melakukan jelajah mereka. Terdapat ura-ura yang mengatakan Apple dalam proses menghasilkan iPad 2. Ia dikatakan akan mempunyai kamera, port USB, slot kad SD, muatan 128GB dan dijangka akan dilancarkan pada April 2011.

Nampaknya Apple menghadapi persaingan hebat daripada kumpulan tablet Android. Sistem operasi terbaru Google, Android 3.0 Honeycomb membuat penampilan sulungnya di CES 2011 dengan Google menunjukkan demonstrasi menggunakan Motorola Xoom. Rekabentuk Honeycomb telah diubah sepenuhnya. Empat butang yang terdapat pada alat-alat Eclair, Froyo dan Gingerbread digantikan dengan butang maya. Mengubahsuai skrin home menjadi lebih mudah dengan pandangan visual sepenuhnya kesemua widget, shortcut dan wallpapaer yang boleh ditarik dan diletakkan di skrin home. Terdapat beberapa widget baru yang menarik perhatian ramai. Salah satu daripadanya ialah Gmail yang memaparkan e-mail terkini di skrin home. Ciri-ciri yang sama juga terdapat pada contacts, YouTube dan picture frame. Gmail telah diubahsuai khas untuk Honeycomb di mana ia dibahagikan kepada dua lajur. Lajur inbox di sebelah kanan akan bergerak ke lajur menu di sebelah kiri jika pengguna mahu membaca e-mail. Satu lagi ciri baru Honeycomb ialah Maps. Ia adalah versi yang sama dengan Google Maps 5.0 yang mempunyai peta 3D dan kebolehan memapar peta walaupun dalam keadaan offline. Pengguna juga dapat membuat panggilan video mengguna GTalk, membaca ebook daripada Google ebook reader dan pengalaman melayari internet yang sama seperti Chrome.

Begitulah sedikit sebanyak ciri-ciri Honeycomb yang dipamerkan oleh Google setakat ini. Lebih banyak lagi ciri-ciri Honeycomb akan didedahkan apabila tarikh pelancarannya tiba. Sekarang kita beralih kepada perkakasan yang akan menjadi rumah kepada Honeycomb.

Pertama, kita lihat Motorola Xoom yang digunakan dalam demonstarsi Honeycomb. Xoom dikuasakan oleh 1GHz dual-core nVidia Tegra 2 yang mampu memainkan video 1080p dan merekod video 720p dengan menggunakan kamera 5 Mega Pixel yang mempunyai dua flash LED dan sebuah kamera 2 Mega Pixel di depan. Alat ini jugan mempunyai WiFi, Bluetooth dan 3G yang boleh dinaiktaraf kepada 4G pada suku tahun kedua. Tablet 10.1 inci ini mempunyai 3.5 mm audio dan micro USB 2.0 serta muatan memori 32GB yang boleh ditambah dengan kad SD. Baterinya boleh bertahan sehingga 10 jam.

Asus kelihatan serius untuk menghasilkan tablet terbaik dengan menampilkan empat tablet baru di CES 2011. Tiga daripadanya berasaskan Honeycomb. Eee Pad Transformer adalah sebuah tablet 10 inci yang boleh bertukar kepada sebuah laptop lengkap dengan keyboard dan trackpad apabila disambungkan kepada dock khas. Eee Pad Slider pula mempunyai slide-out keyboard yang sesuai untuk mereka yang mahu semua dalam satu tanpa menggunakan dock. Untuk pelukis, Eee Pad MeMO dengan skrin 7 inci dan pen sentuh amat sesuai untuk melakar dan mengubah gambar digital. Terdapat juga Eee Pad Slate EP121 yang menggunakan Windows 7. Tablet 12 inci ini mempunyai processor Core i5 dan pen sentuh yang lebih sesuai untuk kegunaan pejabat.

Di antara semua tablet Android yang terdapat di CES 2011, terdapat sebuah tablet bukan Android yang menonjol. BlackBerry PlayBook merupakan salah satu pencabar terdekat buat iPad dan tablet Android. Tablet 7 inci ini menggunakan sistem operasi QNX yang diambil alih oleh RIM April lepas. Ia dikuasakan oleh 1GHz dual-core ARM Cortex-A9 processor dan mempunyai sebuah kamera 5 Mega Pixel, mini HDMI, micro USB dan skrin hebat yang mampu mencabar iPad. Processor dual-corenya membolehkan video 1080p, music dan Quake III dimainkan secara serentak tanpa masalah.

Alat-alat elektronik ini masih lagi di peringkat pembangunan dan masih jauh lagi dari tarikh pelancaran. Tetapi berdasarkan apa yang dipamerkan di CES 2011, penantian ini amat berbaloi. Dengan kadar perkembangan teknologi sekarang, pasaran tablet akan datang kelihatan cerah. Setiap peminat alat elektronik akan menanti dengan penuh harapan agar Google, Apple dan RIM dapat memnuhi permintaan mereka dan mengubah cara perkomputeran mudah alih pada masa akan datang.

Comments

No response to “2011 : TAHUN BUAT TABLET”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...